We stand behind our deliver the results and our individuals. Alhamdulillah ! Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT yang Maha Agung yang telah sudi memberikan kesempatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan yang fana ini. `fastabiqul khairatÂ…`Suasana yang sihat atau hidup itu menunjukkan betapa harmoni dan benarnya agama yang dianuti mereka. Gabungan atau kerjasama antara unit-device hadharah kecil ini akan menjelmakan hadharah yang lebih besar dan sentiasa terjana untuk berkembang. Dalam masa yang sama melindungi dan menyelamatkan penganutnya dari ancaman luaran iaitu musuhnya. Kenapa `pohon Islam` yang ada pada kita kini tidak tumbuh seperti sepatutnya, malah sebaliknya mewarisi sifat-sifat layu, lemah, tak bertenaga tak tahu hala tuju hidupnya, mudah mengikuti apa saja arus atau fahaman yang melanda? Sedangkan jumlah kita kini telah mencecah angka berbilion ummat di seluruh dunia. Untuk kali ini saya suka nak berkongsi perbicaraan kita pada faktor ke3 dan ke2 kerana ianya berkaitan langsung dengan tugas bersama setiap dari kita sebagai ummat Islam. Mengujudkan environment atau habitat yang sesuai untuk tumbesaran setiap pohon-pohon Islam termasuk kita mestilah berlaku secara amal jamae yang disusun oleh jamaah atau harakah yang bertanggungjawab terhadap ummat Islam dan benar-benar beriman dengan Islam sebagai Nizam atau Deenul-Hayah. Bukan sekadar hanya satu falsafah atau dasar yang kaku, beku malah `mati`. Apa logiknya jika benih durian atau rambutan yang disemai dan kita tanam akan tetapi diletakkan pada habitat paya bakau. Kenapa pihak kita begitu naïf akan persoalan sebegini, mungkin kerja buat ini tidak menjanjikan kemewahan atau akan meletakkan kita di zon `perang` dengan hawa nafsu sendiri bukan di zon selesa seperti yang diimpikan. Kepada mereka suka saya berpesan bahawa zon selesa yang kamu impi dan kejar itu sebenarnya hanyalah fatamorgana sahaja, sebab zon selesa yang sebenar bagi orang-orang yang benar iman mereka bukanlah di dunia yang fana ini, wahai teman-temanku!.